Jumaat, 30 Disember 2011

SeRaMMMMMMM......

Seram lak pulak bila aku terbaca kisah URI ANAK JADI TUMPUAN PONTIANAK adoi.. Bahaya-Bahaya isshhhh...isshhhhh...issshhhh....

JoM BaCa SaMa........

Kami sekeluarga tinggal di kawasan timur singapura. Ketika berlaku kajadian yang ingin aku ceritakan ini, kakak iparku baru sahaja bersalin dua hari yang lepas. Walaupun dia masih lagi ditahan di hospital, uri bayinya telah dibawa pulang dahulu untuk ditanam. Malangnya uri itu tidak dapat ditanam pada hari ia dibawa balik dari hospital kerana hari sudah senja. Uri itu kami letakkan dalam botol di atas meja dapur. Lampu dapur pula dinyalakan kerana menurut orang tua-tua, uri bayi yang baru hendaklah diletakkan dekat cahaya supaya tidak diganggu hantu dan syaitan.

Jam di dinding berdenting menandakan 12.45 tengah malam. Penghuni-penghuni lain di rumah sudah nyenyak dibuai mimpi. Aku pula, entahlah. Perasaanku berlainan malam itu. Selalunya tidak begitu. Mata ini belum lagi terasa menmgantuk, sebaliknya perut pulak terasa lapar. Aku terus melangkah menuju ke dapur untuk mencari makanan. Apabila kaki ku baru selangkah menjejak ruang lantai dapur, tiba-tiba aku terlihat lembaga putih di tingkap dapur berjalan di udara. Mimpikah aku? Tak kan ada orang berjalan atas angin, jawab hatiku sendiri. Lagi pun, rumah kami di tingkat lima.

Aku terus beristighfar. Lembaga itu melintas lagi di tingkap dapur. Tiba-tiba ia berhenti, lalu memandang ke arahku dan menunjuk ke arah botol yang terletak di atas meja. Matanya merah, bagaikan bebola api. Lendir di celah-celah mulutnya yang keluar sangat menjijikan. Barulah aku sedar yang lembaga itu adalah pontianak. Dengan kuasa Allah, mulutku mula membaca ayat Al Quran.

Pontianak itu tiba-tiba berlalu, menghilangkan diri. aku kira semuanya sudah selesai, tapi aku tersalah duga. Sejurus kemudian, aku terlihat lembaga itu di tingkap ruangan tamu pula. Ia cuba mencakar-cakar dinding ruangan tamu. Aku hairan kenapa ibu ayah tidak sedikitpun mendengar kejadian ini. Mingkin ini suatu ujian untukku. Alhamdulilah, surah yassin telah diletakkan di setiap penjuru dan tingkap di rumahku.

Oleh sebab itulah pontianak itu tidak boleh masuk. Aku ke dapur lalu mengambil segelas air lalu ku bacakan ayat Qursi. Sesudah itu, aku renjiskan ke seluruh penjuru rumah dan disemua tingkap.

Akhirnya pontianak itu pergi jua dengan hilaian yang sangat menggerunkan. Esok pagi-pagi lagi aku mengajak abangku pergi menanam uri anaknya. Waktu melawat kakak iparku di hospital kemudian, dikatakan bahawa anaknya semalaman menangis tak henti-henti. Mujur ayahku telah membekalkan surah-surah untuk menjadi pendinding. Aku hanya terdiam di situ mendengar cerita mereka. Kejadian malam itu tidak kuberitahu sesiapapun..

Jumaat, 30 September 2011

Tentang Saya..

Cerita punyaa cerita lupa pulak aku nak memperkenalkan diri aku pulak..hehee

Nama aku yang sebenar siti Fatimah mohd din so korang nak panggil aku siti ke imah ke suka hati korang lah yang penting nama tui tak???..asal aku pulak anak jati JoHoR so sekarang ni aku menetap di Selangor  tapi hati aku TeTaP JoHoR jugak tu yang penting I Love Johor...huhuu kalau bab umur aku cuba korang teka dulu?? Agak-agak berapa ya umur aku sekarang hehee kalau tahun 1988 makna nya aku dah 24 tahunnn adoii tua dah rupanya aku ni tapi yang paling aku suka tarikh besday aku 18/08/88 terbaekkk.. terima kasih ummi..sayang sangat kat ummi muuaaahhh... aku anak yang ketiga dari  4  orang adik beradik.. nak kata manja tu tak lah kot tapi degil tu ya hahaaaa kalau bab perangai aku lak adoi lain. Kalau orang tak kenal aku so dia akan kata aku ni sombong gilee tapi bila dah kenal masuk air sajer hahaaa relex sudah yang penting kita happy...lalalaaa
~ my love~
ini lah keluarga yang paling aku sayang sangat..tanpa dia siapa lah aku sini..
i love u semua my famly.














Jumaat, 19 Ogos 2011

Genaplah Umurku 23Tahun......

17/08/2011
Petang
DuP..Dap..DuP...Dap..Dup..Dap jantung aku berdenyut dengan laju ,cuak rasanya melihat tarikh lahir aku makin hampir..aduhh!!risau sungguh aku nampaknya..
apa akan jadi pada aku nanti??
alamak nak lari mana ya kali ini??
aduhh!!kenapa lah dorang boleh ingat besday aku kali ini??
Teruk aku kene dengan budak-budak ni.aduhh!!!
Soalan-soalan yang sedang bermain dipikiran aku sekarang ini..sampai tak boleh tidor aku dibuatnya pagi ini..ohh...tidakkk!!!malam besok 12:00 A.M 18/08/2011 alamak!!my besday..mana aku nak lari ni..aku tak kene telor,air sampah semua tu!!!arrrhhhhhh....Bertenang ct..tertenang..sempat lagi nak pikir macam mana nak lari dari dorang semua...

Malam
Setiap minit aku asik melihat jam yang terletak didinding rumah di putra perdana puchong...
Dup...Dapp....Dup..Dap..jantungku semakin laju berdenyut melihat jam itu...muka ku kelihatan kerisauan kerna tak tahu apa rancangan dorang nak kene kan aku huhu aduuh!!!berserah je lah apa nak jadi masa tu..padan lah dengan muka aku haha dulu masa besday fikri dengan fejal nak sangat kenekan dorang..sekarang giliran aku lah pun hahahaa Aku di hantar pulang ke kolej dan terus menekan butang on untuk mengadap laptop kesayangan aku hehe first yang aku akan buka sudah tentu lah my FaceBooking  hehehe  seronoknya melihat ramai yang wisshh besday aku pagi nie..gumbira tak terkata rasanya lah..Aku terasa gembira kerana adik&jay orang ke dua&ketiga wish besday aku dah memeksa aku melihat diatas katil jay ada hadiah special untuk aku "katanyalah" pada mulanya agak malas dan kurang percaya tapi akhirnya memang ada..masa itu hanya ALLAH sahaja yang tahu bertapa gumbira sampai menitis air mata aku..ye lah selalunya my love orang pertama wish besday nd orang pertama juga yang bagi hadiah kat aku tapi kali ini dia xwissh dan orang terakhir bagi aku hadiah "urmmm..sedihnyaaaaa"..tapi takpa kiranya aku selamat dari kene benda busuk dengan budak-budak nie hahaa Selamat nasib aku hahah korang nak tau apa yang special jay&adik bagi kat aku??huhuu

ini lah yang special sangat yang aku dapat barang-barang Angry Birds..
cantikkan...

18/08/2011
Pagi
Aku tersedar dari tidur dan macam biasa terus mandi dan bersiap untuk mencari tempat pertikal.. kepala tengah serabut sangat sampaikan pagi tu sememangnya aku lupa sangat-sangat yang hari ini  bertarikh 18/08/2011 hahahaa boleh gitu ye.. biasa lah genap 23tahun kan tua sudah umur ku ayooiii....hehehe


Petang
Macam biasa aku bersiap pula pergi ke bengkel..tengah lepak-lepak tetiba aku berkata “dinesh mana hadiah tuk saya??hari ini besday saya..saya nak hadiah”hahaha bolah gitu pulak ye hahah dan dengan xsemena-mena dinesh pun berkata”nak hadiah besar ke kecik??bpe vot??’” dan aku pun terus tergelak apa yang dia cakap..apa pun tak boleh lah aku ni..

Malam
Macam biasa lepas jer berbuka dengan jay~adik~lan di restoran bangi mata aku pula layu semacam jer..sesampai je aku di bilik macam biasa wat yang mana perlu dulu pastu ZzzzzZZZzzzzzzz hahaha
Tup..tap..tup..tap..  mata ku tersedar dan terus melihat jam di dinding..lama gak ya aku tido hari nie hahaha penat sangat lol maklum lah bulan pose kan macam-macam dugaan..Aku mula berfikir Kenapa ya malam ini macam tak seronok je aku rasa ermm ntah lah lantak lah huhuu
Oklah sampai disini sahaja je takda benda dah nak cerita dah...pape pun terima kasih kepada semua yang telah wish besday aku ya..jasa kalian semua akan sentiasa dikenang sampai bila2 dalam ingatan aku..

Isnin, 15 Ogos 2011

Keciannya......

ini cerita tentang ORENTASI untuk pelajar-pelajar baru masuk ke kolej kami..Aku and the geng pun pernah kene gak tapi takda lah teruk sebergini..hahahaa Kecian aku tengok budak2 baru kene dera sebergini tapi apa kan daya aku hanya mampu gelak sahaja masa tu..hahahahaa
mesti peritkan baru masuk kene macam nie teruknya hahaahaha nasib baik bukan bulan puasa...
kalaw bulan puasa mati lah budak-budak baru ni kene lagi teruk punya hahahahahahahahaha
( dalam hati aku time nie terasa sakit hati lak sebab tak dapat kenekan korang time nie maklum la kene jadi fotografer ) huhuhuu


step pertama:- dorang kene dera dengan abang2 senior iaitu ja'ah&ucop nama glmor gitu hahahaaaa
 perhhh!!!!!!! dah la kene merangkak tengah panas lakkan hahhaaaa
dugaan-dugaan....


pastu kene pulak guling-guling atas tanah merah ada batu puyak perrhhh!!!
sakit kowtt tapi takpe budak-budak ni semua lelaki kuat-kuatkan hahaha


step kedua:- dorang kene puyak mandi wajib pastu amik air sembayang hehehee
tapi ciannya ada gak yang tak taw semua tu aduhhh....
apa nak jadi lah ya budak-budak baru nie hahahaaa


step ketiga:- masa nie teruk sangat-sangat tu takda lah sebab dorang kene dengan kakak senior iaitu jay,afiq&din..
perrhhh!!!!aku tengok aku gelak jer lah apa boleh buat..
tapi budak-budak baru bagus bab semangat betulkan korang nyanyi lagu kebangsaan kita huhu


cayok-cayok hahaha
semangat kerjasama betul budak-budak baru nie aku tengok masa tulah tapi tak tau lak lepas-lepas ni..


step keempat :- apa korang buat nie haa??
mengadap jalan raya??
kira kereta,lori semua tu ke??huhuhuu
tapi tak silap aku macam dengar korang nyanyi lagu negaraku kan kalau xsilap lah hahahahha
bagusnya...


ni apa lak budak-budak ni nak buat...
berjoget kat tengah jalan puyak dah nie??gila ke apa hahahaa
teruk betul lak korang nie hahahaaa
masuk air sudah hahaha


haa nie apa hal panjat pokok ni??
dah seronok sangat ke atas pokok tu??haha
dah takde kerja lah korang nie hahahaa
bukan ada buah pun pokok tu adoyai...


step last :- main lumut..
perhh!!!!!!!!!busuknya!!!!
dorang sangup berenang kat situ..hahahaha
nak join gak lah tapi pikir sat ermmmm
taklah busukk!!hahahahaaa


cuba tengok betul-betul dimanakah budak-budak ni menghilang??
cubalah cari sampai jumpa...
cari jangan tak cari....
jeng..jeng..jeng...
mana-mana??????


haaa....aku dah nampak dah rupanya budak-budak nie sorok kat dalam semak rupanya...hahahaa
ni mesti kes budak-budak ni nak jadi askar....
tapi tak dapatkan tu yang budak-budak ni main dalam semak tu hahaahaa
kelakar-kelakar...


hahaa nie masti kes dah seronok sangatkan sampai dah tak nak naik atas dah sangup duduk situ lama-lama jer hahaaha ada ikan ke kat situ??kalau ada tangkaplah boleh buat bakar-bakar malam nie hahahah

haaa nie lahh abang dan kakak senior yang kenekan budak-budak baru ni hahaahahaa
Perhhhhhh....mesti bestkan kene dengan dorang hahaha
apa lah nasib budak-budak nie teruk gila tapi....tapi takpe janji enjoy..
bila lagi budak-budak baru nak merasa kene buli kan..kannn hahhahhaaa
nasib baik lah budak-budak bulan 9 ni kitorang dah keluar prtikal kan..kalau tak mesti lagi teruk dari budak-budak sebelum-sebelum ni hahahahaahaaahahahaaa

Jumaat, 5 Ogos 2011

Percaya Padaku....

<aku suka sangat dengar lagu ni....best yang teramat sangat-sangat lah hehe(bagi aku lah,kalau korang aku tak taw lah pulak) mood aku ni sentiasa jiwang jer memanjang hehehe bab tu selalu gak lah layan lagu-lagu jiwang ni(cam poyo lah pulak aku ni)kenkadang aku nie memang poyo jugak tu tak dinafikan ~kantoi sudah~hahahaha...>
 <jom kita layan sama-sama lagu ni ok>

aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu....
seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu...
reff:
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga akhir waktu menjemputku
ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga akhir waktu menjemputku
saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)
agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku
tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu...

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga akhir waktu menjemputku...

bila aku rindu kat dia,aku mesti dengar lagu ni hehehe bila dia ada depan mata aku,mesti aku nyanyikan lagi ni untuknya dan mula lah si dia tersenyum sorang-sorang hahahaa itu lah kisah cinta aku and bagi aku si dia segala-galanya buat aku dan hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa dalamnya cinta aku kat si dia...

Hanya dia sahaja di dalam hati aku sorang.
~dah abis dah..cukup-cukuplah ye setakat ni  aku dah penat nak menaip panjang-panjang hehee~

Jumaat, 15 Julai 2011

Beruntunglah kita Seorang Wanita..

Kali ni aku terbaca satu artikel menarik dan sememangnya aku tetiba terasa beruntung sangat-sangat jadi wanita didunia kerana aku sebagai wanita bersyukur diatas kelebihan yang telah ALLAH berikan kepada kaum hawa didunia ini…
Selanjutnya jom kita baca sama..

1.) Dia bekerja denganTuhan..jadi ‘kilang ‘manusia.Tiap-tiap bulan
dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka hati

tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki
tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?
4) Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap mati syahid..
Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

5.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
6.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan
Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari..
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

7.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.
Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak
derhaka denganNYA……..


~tak sia-sia kita jadi kaun hawa kat dunia ini kan..kan..

Sabtu, 18 Jun 2011

Kisah Benar..

Situasi 1
Girl : Awak, kalw saya dalam kesusahan,Awak sudi tak tolong saya??
Boy : Mestilah. Biar lautan api pun saya sanggup renangi. Sebab saya sayang awak sangat!!
Girl : Yeke?? Untungnya saya..hehehe
Bahagianya si Girl dengan lelaki yang berjaya mencurik hatinya... bertambah2 perasaan sayangnya pada si Boy.
Situasi 2
Girl : Awak suka makan apa??
Boy : Saya suka makan Asam Pedas Ikan Pari. Masakan ibu sayalah paling sedap! Nanti awak masakan untuk saya ye.. Nak jugak rase masakan awak ni...hehe
Girl : Asam Pedas Ikan Pari ??
tanpa pengetahuan si Boy, Si Girl ke rumah ibu si Boy untuk mendapatkan resepi makanan kegemaran kekasihnya itu..
Situasi 3
Girl : Makcik , saya nak sangat belajar masakan ni.. yelah. Boy cakap dia suka sangat makanan ni. dia kata makcik masak sedap sangat. sebab tu lah saya datang nak belajar dengan makcik.. Lagipun lusa kan hari jadi dia.
Makcik : Owhh nak masak untuk Boy sebab lusa hari jadi Boy lah ni??
Girl : A'ah makcik.. Dia penah cakap dia nak suruh saya masak makanan kegemaran dia.. makcik nanti saya nak buat birthday party kat sini ye? Nanty dia balik keje.. Saya nak surprise kan dia..
Teruja benar si Girl.
Pada 07.06.2009 ( Hari jadi si Boy)
Si Girl mengambil cuti semata-mata ingin membuat surprise untuk Si Boy. Pagi2 lagi si Girl dah ke pasar membeli barang untuk masakan makanan kegemaran kekasihnya itu..
Si Girl menjemput rakan-rakan Si Boy dan rakan Si Girl untuk sama meraikan Ulang tahun si Boy.
Gembira sungguh si Girl beriya-iya dia ingin menyambut Ulang tahun Si Boy.
Semua persiapan dari A- Z semuanya Si Girl membuat sendiri..
Girl : Makcik, jangan buat apa-apa tau.. Biar saya yang buat semua! Makcik berehat je ye...
Pesan si Girl dari awal pagi lagi.
Setelah selesai menyiapkan segala juadah.. Tetibe Si Girl teringat yang dia belum membeli Birthday Cake. Lalu dengan pantas dia mencapai handbag dan kunci keretanya..
Risau Si Girl jika terlewat pulang nanti.
Girl : Makcik , saya terlupa beli cake. Saya pergi dulu...
Di ciumnya pipi Ibu si Boy. Dikucupnya tangan si ibu Boy.. Hanya Ibu si Boy tempat dia menumpang kasih.Memandangkan Ibu kandungnya telah meninggal dunia 3 tahun lalu.. sejak itu, Hanya pada Ibu si Boy tempat dia bermanja.
Dalam perjalanan pulang.. Kereta si Girl tetiba termati ditengah jalan. berulang kali dia menghidupkan proton waja peninggalan Ibu kandungnya itu. tanpa berpikr panjang dia menghubungi si Boy..
Girl : Awak kereta saya xboleh nak hidup.. engine mati tiba-tiba.
Boy : Alaa.. awak mintak tolonglah sape2 kat tepi jalan tu..
Girl : Mana saya kenal sapa-sapa kat tepi jalan ni awak...
Boy : Saya ada hal..
Girl mematikan talian. Tersentap hatinya mendengar jawapan si Boy. Ingin saja dia menitiskan air mata. tapi di tabahkan hatinya..
Dihubungi Man, teman baiknya jugak teman baik Boy sejak dibangku sekolah.
Girl : Man, tolong aku.. Kete aku sangkot kat tengah jalan. tak tau pasai pa..
Man : Xpa2. Hang tggu sat.. Aku mai.. aku kat KL ni.. Boy mana?
Girl : Boy sibuk.
Sebak si Girl bertambah. Ditahan perasaannya supaya sahabat nya tidak mengetahui perasaannya.
Sementara menunggu Man entah berapa lama.. Jarak dari KL mengambil masa 30 - 45 minit untuk sampai ke tempat si Girl.
Berseorangan dia menolak keretanya ketepi jalan. Kudarat seorang wanita apalah sangat..
Entah kenapa tiada siapa yang membantu Si Girl walaupun banyak kenderaan lalu lalang disitu.
Telefon berdering.
Man : Awek hang, girl dah tak dak.
Boy : Apa ? Kau jangan main2
Man : Ya Allah boy, tak kan pasai ni aku nak maen2..
Boy : Ahh kau main2 dengan aku....
Man : Boy, dia kene langgar dari belakang time dia tengah tolak kereta tadi, aku sampai dia dah tak ada..
Boy : Man......
Sayu suara si Boy di hujung panggilan tak terkata baru sebentar tadi dia mendengar suara si Girl meminta tolong. Penyesalan mula menghantui si Boy.
Ni adalah kisah benar aku dengan arwah awek aku..
Nama sebenar dia biarlah aku rahsiakan. Sampai sekarang aku menyesal tak sudah mengkin aku dah tak jumpa mana-mana gadis macam awek aku lagi.
aku mengaku seikhlas hati aku.. selama bersama dengan dia member aku memang sayangkan dia.. cuma aku tak pernah setia dengan dia. aku  banyak pasang skandal kat luar tanpa pengetahuan dia. Kadang-kadang aku bagi alasan aku sibuk tapi sebenarnya aku bersama dengan skandal-skandal aku. Walau macam tu aku dah berjanji pada diri aku yang aku akan tinggalkan tabiat aku ni. Suatu hari nanti.. cuma tak tahu bila.. Dia menyesal sangat2!!
Masa aku g kat tempat kejadian, aku nampak kek yang dia belikan untuk celebrate birthday aku ni hancur berkecai. Time tuh, aku dah tak boleh buat ape... Aku peluk mayat dia. Aku mintak maaf dekat dia. time tu semua salah aku bermain difikiran.. Aku meraung menanges air mata darah sekalipun, Girl mmg tak akan ada! Semua jemputan dia untuk meraikan hari jadi aku tuh.. adalah tetamu yang menghantar pemergian Girs saat itu..
Girl, lau girl dengar ape yang boy cakap ni, boy happy sangat girl..
girl, boy nak minta maaf sangat2. Boy banyak tipu girl. Boy menduakan cinta girl. tapi bila girl dah tak ada baru boy sedar yang boy sangat sayangkan girl.
Girl, sejak girl tinggalkan boy. hidup boy kosong. Boy dah tinggal kan perangai buruk boy. Boy dah janji nak setia dengan girl. Boy dah tunaikan tau girl.. sampai sekarang boy masih tggu girl! boy dah tak ada sapa-sapa.. Boy nak girl!!
Girl!! boleh tak bagi boy satu lagi peluang???!! satu je lagi.. Boy janji boy akan jadi yang terbaik. Girl, boy lupa nak cakap terima kasih masak kan masakan kegemaran boy.. Boy tak sempat nak ucap terima kasih atas segalanya. Pemergian girl adalah HADIAH yang tak akan boy lupa sampai boy JUMPE Girl dekat SANA.
Girl, IM REALLY2 MISS YOU!
Forgive me my dear. T_T
Marilah kita sama sedekahkan AL-FATIHAH buat si Gurl. Semoga si Gurl berada di tempat orang2 yang beriman..Amin...
Kepada kawan sekalian Hargailah apa yang ada di depan mata ok..