Selasa, 15 Oktober 2013

Sifat Tarikh Lahir

Tarikh lahir pada 1,9 dan 24

Pada umumnya manusia ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi manusia yang lahir tanggal ini mudah tersinggung. Karena sifatnya itu menyebabkan banyak orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi karena bersikap serius terutama yang berhubungan dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berbuat apa saja semata-mata untuk memenuhi segala keinginan manusianya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

Tarikh lahir pada 2,11 dan 30


Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Banyak orang suka bergaul denganya karena perwatakannya yang lembut & ramah.Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

Tarikh lahir 3,18 dan 29


Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi manusia yang lahir pada tanggal ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong manusia yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan manusia yang susah untuk dimengertikan.

Tarikh lahir pada 4 dan 13


Manusia yang lahir pada tanggal ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong manusia yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain karena menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

Tarikh lahie pada 5 dan 17


Yang lahir pada tanggal ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah karena dia suka bertukar-tukar manusia.

Tarikh lahir pada 8 dan 23


Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman karena rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.


Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21 


Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.


Tarikh lahir pada 15,20 dan 26


Jangan mengharapkan sifat romantis dari manusia yang lahir pada tanggal ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada manusianya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.


Tarikh lahir pada 22 dan 25

Wataknya paling susah untuk dimengertikan.Kadangkala dia disukai karena kebaikannya dan kadangkala dia dibenci karena perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain.Manusia jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi julukan seniman asmara.

82 Rahsia Tahi Lalat

Jom kita sama-sama tengok ada tak tahi lalat kat bahagian-bahagian tersebut.. Nie tak dak kesahihan ya.. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan tersendiri sekadar suka suki..

1. Bibir atas kanan – Banyak rezeki, pandai
2. Bibir atas kiri – Ramai kawan, baik hati
3. Bibir bawah kanan – Disegani orang, ramai yang suka
4. Bibir bawah kiri – Pandai bicara, tak mudah kalah
5. Leher kanan – Cerdas, jujur, berani menderita
6. Leher kiri – Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
7. Leher di tengah – Tercapai cita-cita
8. Biji mata kanan – Suka serong dan pembohong
9. Biji mata kiri – Pembohong tetapi baik hati
10. Hujung mata kanan – Baik hati, sopan santun, cerdas
11. Hujung mata kiri – Baik budi, murah rezeki
12. Punggung kanan – Agak mengalami kesulitan
13. Punggung kiri – Malas dan suka duduk
14. Betis kanan – Suka berhibur, boros
15. Betis kiri – Rajin, tidak suka menganggur
16. Lutut kanan – Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
17. Lutut kiri – Kurang kuat berusaha
18. Kepala sebelah kanan – Terkabul cita-cita
19. Kepala sebelah kiri – Sering menemui kesusahan
20. Kepala sebelah belakang – Jujur, sabar dan tekun
21. Kening kanan – Cerdas dan cekap
22. Kening kiri – Cerdas dan sopan santun
23. Tengah kening – Keras hati dan berani segala hal
24. Hujung mulut kanan – Kecil rezeki, tak mudah kalah
25. Hujung mulut kiri – Suka berfoya-foya
26. Ketiak kanan – Dapat menyimpan rahsia
27. Ketiak kiri – Jujur, banyak yang cinta
28. Pergelangan kaki kanan – Suka keluar rumah
29. Pergelangan kaki kiri – Kehendak kuat
30. Batang hidung – Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
31. Pada hidung – Banyak rezeki
32. Dagu bawah kanan – Jujur dan baik hati
33. Dagu bawah kiri – Bijaksana, dan berbudi luhur
34. Kemaluan kanan atau kiri – Baik, suka senggama
35. Di kepala kemaluan (lelaki) – Bakal beristeri dua
36. Tumit kanan – Jujur dan banyak kawan
37. Tumit kiri – Baik budi
38. Alis kanan – Suka menolong dan baik hati
39. Alis kiri – Ramai yang suka
40. Pangkal peha kanan – Kemahuan kuat
41. Pangkal peha kiri – Suka kerja apa pun
42. Telapak kaki kanan – Tak mudah mengeluh
43. Jari kaki kanan – Suka menolong
44. Jari kaki kiri – Berbudi, suka berbuat baik
45. Bahu kanan – Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
46. Bahu kiri – Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
47. Buah dada kanan – Baik hati, pendiam, simpan rahsia
48. Buah dada kiri – Ramai kawan, setia pada pasangan
49. Lengan kanan – Setia dan taat pada atasan
50. Lengan kiri – Menepati janji dan rajin
51. Pipi kanan – Ramai teman
52. Tengah-tengah pipi kanan – Ramai yang suka
53. Tengah-tengah pipi kri – Ramai teman
54. Ubun-ubun – Kurang jujur
55. Pusat – Cerdas, tangkas, tekun
56. Pusat bahagian kanan – Sejahtera dalam hidup
57. Pusat bahagian kiri – Beroleh kemuliaan
58. Pinggang kanan – Sayang pada pasangan hidup
59. Pinggang kiri – Disayang pasangan hidup
60. Dada kanan – Dapat mengatasi masalah
61. Dada kiri – Berani, jujur dan sabar
62. Telapak kaki kanan – Tidak mudah mengeluh
63. Telapak kaki kiri – Baik budi pekertinya
64. Siku tangan kanan – Kuat ingin memiliki kejayaan
65. Siku tangan kiri – Baik hati, suka menolong
66. Jari tangan kanan – Serba beroleh keuntungan
67. Jari tangan kiri – Serba baik bekerja
68. Jari telapak tangan kanan – Banyak rezeki tetapi boros
69. Jari telapak tangan kiri – Banyak rezeki dan cermat
70. Pergelangan tangan kanan – Boros, suka bersukaria
71. Pergelangan tangan kiri – Dapat berpangkat
72. Perut bawah kanan – Banyak rezeki, suka memberi maaf
73. Perut bawah kiri – Baik hati, tenang hidupnya
74. Sudut mata kanan dalam – Disayang suami atau isteri
75. Sudut mata kiri dalam – Tidak mudah dilupakan pasangan
76. Sudut mata kanan luar – Baik budi, ramai yang cinta
77. Pelipis kiri – Murah rezeki, dapat jadi kaya
78. Pelipis kanan – Serba berhasil dalam usaha
79. Kelopak mata kanan atas – Baik hati, ramah, berjaya
80. Kelopak mata kiri atas – Baik budi, ramai yang suka
81. Kelopak mata kanan bawah – Agak malas
82. Kelopak mata kiri bawah – Agak bodoh, kurang bijaksana

Rabu, 24 Julai 2013

Kisah Buat Suami Biar Paham Bahasa..

Pak Ngah Adan : "Apasal monyok ni Muin?"

Muin : "Tah le Adan, bini aku tu, maleh beno masak gulai tempoyak feberet aku"

Pak Ngah Adan : "Ate, apasal kau tak masak sendiri je?"

Muin : "Mane le aku tau masak Adan oi, aku ni kan suami, bior la bini aku masak, aku makan je"


Pak Ngah Adan : "Patutnye kau la yang masak"


Muin : "Ish.... kan masak tu tugas isteri?"


Pak Ngah Adan : "Bila masa pulak masak ni jadi tugas isteri?"


Muin : "Laaa, kan dari dahulu kala lagi"


Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya, kita ni dok amal budaya sampai tak ikut ajaran agama"


Muin : "Ajaran agama? lain ke yang Islam ajar?"


Pak Ngah Adan : "Memang la lain, tu pasal kita kena belajar"


Muin : "Sebenarnya ikut Islam macam mana?"


Pak Ngah Adan : "Kalau ikut Mazhab Syafie dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kewajipan isteri satu je, layan suami, yang lain semua kewajipan suami"


Muin : "Hoh, layan suami je?"


Pak Ngah Adan : "Haah, kewajipan yang kena isteri buat layan suami je"
"Yang lain-lain, dalam urusan rumahtangga semua urusan suami. Macam sediakan rumah, kemas rumah, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, jaga anak, sampai susukan anak pun kewajipan suami"


Muin : "Susukan anak pun suami kena buat? biar betul"
Pak Ngah Adan : "Kalau isteri tak mau susukan anak, suami tak boleh paksa, dia kena cari ibu susuan atau cari la susu kambing ke, lembu ke."
"Tapi Islam ni indah, Allah tak wajibkan, tapi Allah anugerahkan kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak tu."


Muin : "Oooooo, apa lagi kewajipan suami?"


Pak Ngah Adan : "Suami wajib bagi makan kepada isteri. Minimum 1 mud atau satu cupak Baghdad lebih kurang tadahan 2 tapak tangan makanan ruji kepada isteri setiap hari. lauk pauk tu tak wajib dah. Wajib sediakan tempat tinggal. Wajib berikan sepasang pakaian setahun"
"Kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami suapkan makanan tu ke mulut isterinya"
"Tapi kalau suami nak bagi lebih tak jadi masalah. Takkan nak bagi makan nasi tak berlauk pulak kan?"
"Suami tak wajib bagi duit kat isteri dia, tapi boleh ganti duit kalau isteri tu rela dan nak uruskan sendiri, macam gantikan makanan dengan duit, isteri makan sendiri la. Duit isteri adalah hak isteri sepenuhnya, dia boleh buat apa sahaja dengan duit tu tanpa minta izin suami. Tapi baiknya bagi tau la kalau benda tu besar macam nak beli kereta tu"


Muin : "Kalau isteri tak tuntut hak dia?"


Pak Ngah Adan : "Itu kebaikan dalam berkasih

 sayang dan berumah tangga. Kalau isteri rasa cukup sekadar apa yang suami bagi tanpa tuntut apa-apa, itu baik. Sama macam suami bagi lebih dari kewajipan dia, itu baik"
"Kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu sangat baik. Macam isteri redha memasak, mengemas rumah, basuh pakaian, jaga anak, susukan anak. Itu akan meringankan suaminya dan akan mendatangkan keredhaan suami dan Allah kepada si isteri. Tapi kalau isteri tak mau buat, suami tak boleh paksa. Malahan berdosa suami memaksa isteri melakukan yang asalnya adalah kewajipan suami itu sendiri"
"Tapi tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang sebenarnya pengikat cukup kuat dalam rumahtangga, yang mendatangkan keharmonian dan rahmat Allah"


Muin : "Ooooo, baru aku tau"


Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya orang kita ni, belajar tak berapa mau, akibatnya hak dan tanggungjawab sendiri pun tak tau. Suami sibuk nak tambah bini, sebab tak tau betapa beratnya kewajipan suami. Kalau semua benda bini nak buat, memang best la kawin ramai. Isteri pulak dalam tak sedar ditindas secara rela. Bila badan letih mulut pun mula la membebel. Kadangkala pi marah suami pulak. Tak pasal-pasal hilang pahala dan dapat dosa"
"Imgat Muin, ramai perempuan masuk neraka disebabkan mulut mereka. Sebahagiannya sebab berleter sebab letih. Letih pulak sebab buat kewajipan suami yang dia rasa itu kewajipan isteri. Naya betul....."

Wallahualam

Isnin, 8 Julai 2013

Belajar Tuk BerSaBaR..

  1. Salah satu ciri orang-orang beriman ialah orang-orang yang saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran.
  2. Kesabaran itu adalah bekalan orang yang terpaksa, dan kerelaan itu adalah darjat ketinggian para arif.
  3. Syukur dan sabar merupakan sarana meningkatkan kualiti diri agar lebih berharga dalam pandangan Allah.
  4. Setiap hari kita selalu dituntun oleh keinginan. Kalau tidak sabar, keinginan inilah yang akan menjerumuskan kita.  Luruskan niat ketika datangnya keinginan.
  5. Kita dikurniakan oleh Allah keinginan. Keinginan itulah yang menuntun sikap. Kalau tidak sabar, kita kehilangan niat. Padahal niat adalah kunci agar amal diterima.
  6. Berhati-hatilah, nafsu akan membutakan kita dari kebenaran. Kita harus sabar untuk bertanya, benarkah niat saya ini?  Betulkah tujuan saya? Mintalah petunjuk kepada Allah.
  7. Kegagalan itu adalah ketika kita tidak sabar menghadapi sesuatu hal yang tidak sesuai dengan keinginan kita.
"Barangsiapa dalam urusan keduniaan memandang kepada orang-orang yang lebih rendah, dan dalam urusan agama memandang kepada yang lebih tinggi, maka dia tergolong bersama orang-orang yang sabar dan bersyukur.

Doa dari Al-Quran 

Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah. (Al-Qasas [28] : 16)

10/07/2013 JoM KiTa BerPuaSa...

Firman Allah Ta’ala :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)
Pengertian Puasa
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
Hukum – Hukum Puasa                                                                                                                                                                             
  1. Wajib
  2. Sunat
  3. Makruh
  4. Haram
 Puasa wajib :                                                              
Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar.
Puasa Sunat :                                                                                                                
a)  Puasa dalam bulan Sya’ban
b)  Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
c)  Puasa Arafah pada 9 zulhijjah
d)  Puasa hari  Tasu’a  dan  ‘Asyura pada 9 & 10 Muharram
f)  Puasa pada hari Isnin & Khamis
g)  Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 & 15
h)  Puasa satu hari berbuka satu hari
i)  Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
j)  Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab

Puasa Makruh :
a)  Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu & Ahad sahaja
b)  Berpuasa sepanjang tahun
Puasa Haram :
a)  Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
b)  Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban
c)  Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik
d)  Puasa perempuan haid & Nifas
e)  Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
Syarat-syarat Puasa
Terbahagi kepada 2 :
1)  Syarat-syarat wajib
2)  Syarat-syarat sah
Syarat wajib
a)  Islam
b)  baligh
c)  berakal
d)  berupaya(sihat)
e)  bermukim
Syarat Sah
a)  Islam
b)  Berakal
c)  Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
d)  Niat
Rukun Puasa
a)  Niat
b)  Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya
Masa Puasa
Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari
Faedah Puasa
a)  Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
b)  Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
c)  Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
d)  Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
e)  Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
f)  Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
g)  Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
f)  Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang & persaudaraan dalam jiwa manusia
Sunat-sunat puasa
a)  Makan Sahur serta melambatkannya
b)  Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
c)  Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
d)  Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
e)  Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
f)  Membaca Al-Quran
g)  Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan
Perkara makruh ketika berpuasa
 a)  Berbekam
b)  Mengeluarkan darah
c)  Berkucup
d)  Merasa makanan
e)  Bersugi selepas gelincir matahari
f)  Mencium wangian
Perkara yang membatalkan puasa
 a)  Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
b)  Makan dan minum sepanjang hari
c)  Muntah dengan sengaja
d)  Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
e)  Keluar darah haid & nifas
f)  Gila
g)  Pitam atau mabuk sepanjang hari
h)  Murtad
Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa
a)  Musafir
b)  Sakit
c)  Mengandung & Ibu yang menyusukan anak
d)  Tua
Keistimewaan Bulan Ramadhan
a)  Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan
b)  Allah merahmati orang yang mengimaninya
c)  Al-Quran diturunkan dalam bulan ini
d)  Iblis dipenjarakan
e)  Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar.
f)  Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan. 
Menghormati Bulan Ramadhan
a)  Kita hendaklah mengelakkan diri daripada kebiasaan yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan boros,suka berhibur,membuang masa dan bersembang tentang perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah sebaliknya hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan azam yang tinggi untuk memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa.
b)  Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak membaja,menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik di masa hadapan.
Niat Puasa dan Qadha’ Puasa Ramadhan
1)  Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :
                                                                                               
نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .
                                                                                               
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
2)  Lafaz niat puasa Qhada’ Ramadhan :
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى .
                                                                                               
Ertinya :  Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala.
Doa Ketika Berbuka Puasa
اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.
Qada’ Puasa Ramadhan
Ialah menggantikan puasa yang terbatal pada bulan Ramadhan diatas sebab-sebab yang diharuskan berbuka oleh syara’
Hukum Qada’ Puasa Ramadhan
Wajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasa Ramadhannya samaada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran
Firman Allah Ta’ala :
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ 
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184)     


Waktu Qada’ Puasa Ramadhan
-  Waktunya selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya walaubagaimanapun qada’ puasa yang dilakukan dalam masa dilarang berpuasa adalah tidak sah contohnya seperti di hari raya.
-  Adapun bagi orang yang mengakhirkan qada’ Ramdhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi maka ia wajib qada’ dan membayar fidyah.
Kifarah Puasa
Ialah seseorang yang merosakkan puasanya dalam bulan Ramadhan dengan jalan melakukan jima’ maka ia wajib membayar kifarah (denda) iaitu si suami wajib mengeluarkan kifarah & qada’ puasa yang terbatal kerana jima’ walaubagaimanapun si isteri tidak wajib mengeluarkan kifarah tetapi wajib qada’ puasa yang terbatal.
Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah :
1)  Membebaskan seorang hamba yang beriman
2)  Jika tiada hamba untuk dibebaskan, wajib ke atasnya  berpuasa 2 bulan berturut-turut
3)  Jika tidak mampu berpuasa, wajib dia memberikan makan 60 orang fakir miskin setiap seorang mendapat secupak makanan asasi negeri itu.
Fidyah
Ialah bayaran denda dengan memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) dengan sebab-sebab tertentu atau mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi. Satu cupak bersamaan dengan 620 gram.
Hukum Fidyah
Wajib di keluarkan berdasarkan Firman Allah Ta’ala :
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ 
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”.  (Surah Al-Baqarah Ayat 184)                                                     
Sebab-sebab wajib Fidyah
1)  Tidak mampu melakukan ibadah puasa
2)  Sakit yang tidak mampu untuk sembuh
3)  Perempuan hamil atau menyusukan anak iaitu jika berpuasa mendatangkan mudharat kepada anak yang di kandung dan boleh mengurangkan air susu
4) Mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi.

Selasa, 21 Mei 2013

Kamu Pergi Tanpa Alasan :-(

Lagu ini aku layan dikala aku sedang mengingati dia, sedih, kecewa, semua bermain di minda ku.. sekarang aku sepi tanpa kamu yang selalu menemai ku setiap masa diketika dulu kala...

Aku mencintaimu bagaikan langit memeluk bintang
Aku lukiskan cinta di hati tak terbatas lagi


Aku mencintaimu bagaikan langit memeluk bintang
Aku luksikan cinta di hati tak terbatas lagi
Cinta yang dulu bersemi kini menjadi masa laluku
Hatiku hancur tiada berkeping bagaikan segelintir debu


Kepergianmu tanpa alasan yang pasti
Kau buat hatiku kini lemah tak berdaya
Semakin hancur hatiku ini tanpamu
Ku tak bisa berdiri tegak dan bernafas lega


Kepergianmu tanpa alasan yang pasti
Kau buat hatiku kini lemah tak berdaya
Semakin hancur hatiku ini tanpamu
Ku tak bisa berdiri tegak dan bernafas lega


Semakin hancur hatiku ini tanpamu
Ku tak bisa berdiri tegak dan bernafas lega


apakah ini suratan takdir untuk aku??setelah 7TAHUN hubungan kita terjalin dan hampir ke jinjang pelamin dikala itu kamu Pergi Tanpa Alasan.. Dikala itu hati aku sangat hancur & kecewa atas perbuatan kamu.. Bergitu kejam apa yang kamu buat pada ku setelah aku korbankan macam2 untuk kebahagian kita!! Sekarang ku serahkan segala-galanya kesedihan, keperitan ku pada yang Maha Esa. SEMOGA ADA JALAN TERBAIK BUATKU AKAN DATANG..AMENN..

Rabu, 15 Mei 2013

Mengurangkan Tekanan

HIPNOTIS DIRI SENDIRI
Jika dilakukan dengan betul, hipnosis boleh mengosongkan fikiran anda, rendahkan kadar denyutan jantung, dan mengurangkan ketegangan otot. Tutup mata anda dan gambarkan sesuatu imej bertekanan, seperti kesesakan lalu lintas, di sebelah kiri. Kemudian, gambarkan penyelesaiannya di sebelah kanan, seperti mencari laluan baru tanpa kesesakan. Anda akan berasa lebih lega!
MAAFKAN SESEORANG

Walaupun ia mungkin lebih senang untuk berfikir tentang perkara-perkara negatif tentang orang lain, melepaskannya benar-benar kurangkan tekanan! Anda harus dengan ikhlas menggantikan kemarahan anda ke arah pesalah yang dengan satu percubaan untuk memahami sebab-sebab di sebalik tindakan-tindakannya.

YOGA
Yoga adalah satu aktiviti kurangkan tekanan yang terbukti. Ini sebahagian daripada sistem saraf yang melegakan badan dan minda boleh dirangsang apabila tulang belakang dibengkokkan.
KELUAR
Tekanan boleh dicetuskan apabila badan kita tidak tahu masa. Apabila anda berada di cahaya matahari otak anda sudah mengikut jadual. Berjalan di luar tanpa cermin mata hitam selama 20 minit sehari, tiga kali seminggu boleh tolong kurangkan tekanan.
DIET
Melawan tekanan boleh menjadi semudah memakan ikan di sebuah restoran. Apabila memakan diet ikan untuk seminggu seperti ikan kembung, sumber lemak asid omega-3, ia boleh kurangkan tekanan. Apabila anda memakan lemak asid omega-3, anda akan berasa tenang.

Jumaat, 3 Februari 2012

Aku Ingin Seperti Yang Lain!!!!!!!


Telah sekian lama Aku Mencari sebuah Kepastian dalam Kehidupan.Sudah sekian lama juga Aku Menanti sampai bilakah Hati Ku ini menjadi bergini...Kesedihan Kesunyian melanda dalam Diriku entah Mengapa semuanya ini Terjadi??

Aku tak tahu di mana Punca semua Salah Silapku.. 
Apakah semua yang ku lalui ini Berlarutan??

Ohh TUHAN Tolonglah diriku Berikan Jalan agar Menggapai sesuatu dalam Hidup Ku ingin Bahagia agar menguburi segala Perih Hidupku... 
Aku ingin Seperti Yang Lain.....

tapi apa Dayaku hanya diliputi Kesedihan!!!
Aku ingin Seperti Yang Lain....
sampai bila semua ini Menghantui Hidupku!!
Di manakah Akhirnya liku-liku semua ini?? 
Ohh di manakah Ku harus mencari JAWABNYA.......
Dengarlah rintihan hasratku ini YAALLAH..
Ku Pohon biarlah berakhir apa yang Ku Impikan mencari sebuah Kepastian dalam Kehidupan ku ini...

Khamis, 12 Januari 2012

Perasaan SiTi FatiMah..

Entahlah...
Kalau di pikirkan CINTA ni tak lah seronok sangat ada masa kita gembira dan ada masa kita sedih juga kan.. kalau pada diri aku lah lagi best tengok orang lain bercinta SERONOKKK.. bila time kene kat aku lak yang bercinta BoRiNggg..BoSann lagi ada lah entah lah perasaan aku ni kenkadang berubah-ubah pelik lah issshhh...issshhhh...issshhh.... ialah apa yang kita impikan tak semestinya kita dapat betul tak??kalau dapat pun kebanyakan tak kekal lama..  entah lah pada aku lah baik aku anggap semua orang kawan aku jer Lagi Bestttt... Kalau kawan gaduhnya lain happy nya pun lain so Enjoyyy tu lah yang terbaikkk...

KaWaN itu PenTing Pada Akuuuu........

TerBaekkkkkkkk..........